KISAH KEJAYAAN

Sebenarnya terlalu banyak kisah kejayaan yang boleh kami kongsikan, ini adalah antara kisah kejayaan salah seorang pemimpin kumpulan usahasama ATC Global yang dapat kami kongsikan dalam blog ini, sama-sama kita hayati...

KISAH 1
Kisah kami bermula pada 1979. Selepas pulang dari UK dengan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti London, Saya (Aziz) menjadi pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang neurofisiologi manakala Saleha (isteri saya) di ITM (Institut Teknologi Mara), mengajar dalam bidang kimia. 

Tidak lama kemudian, kami mendapati gaya hidup kami sangat terbatas disebabkan kekangan kewangan dan masa. Sebagai contoh, kami tidak mampu membeli buku-buku saintifik, menyertai persidangan atau membawa keluarga pergi bercuti. Ketika itulah kami memutuskan bahawa kami harus melakukan sesuatu untuk memperoleh pendapatan dan masa tambahan bagi menjadikan hidup kami lebih memuaskan dan holistik. Sehinggalah pada akhir Oktober 1979 Perniagaan ini muncul dalam hidup kami. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada orang yang memperkenalkan perniagaan ini, dan terutamanya kepada Mentor kami, pemimpin atasan kami ketika itu, yang menunjukkan konsep dan falsafah yang betul mengenai perniagaan ini. Dia juga membantu kami membina perniagaan kami seperti yang ada sekarang – sebuah perniagaan antarabangsa yang telah berkembang dari Malaysia hingga ke Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, China, Indonesia, Singapura dan kini di Vietnam. Terima kasih Foo – anda memang seorang pemimpin yang luar biasa. Ketika itu memang tidak dapat dibayangkan bahawa setelah mencapai kejayaan pada 1984, kami bukan sahaja mempunyai kebebasan masa dan wang untuk meneruskan minat saintifik dan hobi kami, malah juga menyumbang kepada keluarga dan masyarakat. 

Dengan kebebasan luar biasa ini, saya melanjutkan pengajian pasca kedoktorannya di Sekolah Perubatan Leeds, menjadi ketua projek di Projek Penyelidikan Bersama Ekonomi Eropah untuk Neurotoksikologi, menjadi Timbalan Presiden Persatuan Neurosains, Presiden Persatuan Terapi Komplementari Malaysia, dan kini memiliki dan menguruskan sebuah klinik penjagaan kesihatan komplementari yang sangat lengkap di Petaling Jaya. Sejak 14 tahun lalu, kami juga telah berkunjung ke Amerika Syarikat untuk menghadiri persidangan dan pameran terbesar dunia mengenai Kesihatan dan Nutrisi di Anaheim, California. Dengan pendedahan ini, banyak membaca dan berfikir serta menggunakan produknya serta memberi nasihat kesihatan yang baik, kami telah membantu ramai orang menjalani hidup yang lebih sihat dan lebih baik. 

Kami ingin menyatakan kegembiraan kami terutama sekali kepada anak-anak kami kerana mempercayai kami, bekerja keras dan menjadikan impian satu realiti. Kami kini melancong dengan bergaya dan menikmati lawatan VVIP bersama-sama sebagai sebuah keluarga. Terima kasih dan kami sayangkan anda.

KISAH 2
Kisah benar seorang kerani di Pulau Pinang. Pendapatan bersih beliau dari RM167,000 setahun menjadi RM200,000 pada tahun berikutnya dan terus meningkat setiap tahun selama 20 tahun, sehingga kini dikatakan mencecah RM800,000 setahun yang mana diwarisi oleh ahli keluarganya walaupun beliau sudah tiada lagi di dunia sejak 20 tahun yang lalu. Ini adalah salah satu sistem yang memberikan pendapatan pasif yang sebenar. 

No comments: