Thursday, 6 November 2014

Nasib Graduan Hari Ini

Seramai 558,475 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disenaraikan di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1 Januari 2015.

Pada masa yang sama..

Seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Graduan Yang dapat kerja tersebut pula mungkin kebanyakannya yang dapat gaji SPM sahaja.

Wahai generasi muda yang bijak pandai semua, mari berniaga dan ketahuilah bahawa bukanlah sesuatu yang sukar untuk memulakan perniagaan sendiri. Modal serendah RM50 pun dah boleh dan tidak perlu sampai berhutang untuk mula berniaga.

* Jangan tanya soalan poyo "kalau semua orang berniaga sapa pula nak kerja makan gaji" jawapannya "lu pikir la sendiri"

Thursday, 11 September 2014

Bina Pendapatan Pasif Untuk Bersara Awal

Kami menggalakkan setiap orang terutama Islam untuk mempunyai pendapatan pasif seawal mungkin. Ini bagi mengelakkan mereka terpaksa bekerja sehingga umur 55, 60 atau seumur hidup. Ada banyak perkara penting lain yang juga perlu diberi tumpuan selain dari mengadap kerja atau bisnes yang tak pernah habis dan pendapatanya pula yang tak pernah cukup. Kadar infalsi yang seringkali lebih tinggi dari kadar kenaikan pendapatan menambahkan lagi tekanan orang Islam Melayu di Malaysia Terutamanya. Kebanyakannya cendrong untuk makan gaji yang hanya memberikan Pendapatan Aktif.
Mungkin ini suasana ofis suatu hari nanti.
Pernahkah kita bertanya, siapa yang menetapkan umur persaraan pekerjaan tersebut, adakah ianya betul begitu, sampai bilakah kita perlu melalui putaran kesibukan yang sama saban minggu untuk tempoh 20 ke 30 tahun? Fikirkan.

Akibat kesibukan kerja kita mungkin terlepas tumpuan kepada perkara penting seperti Persediaan Akhirat, Mendidik Anak, Menjaga Kesihatan, Tanggungjawab Dakwah, Tanggungjawab Kepada Masyarakat, Tanggungjawab Kepentingan Negara dan Tanggungjawab Kepentingan Ummah. Kebanyakan kita seringkali rasa perlu melakukan sesuatu untuk perkara-perkara penting tersebut atau tidak puas hati kepada sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama tidak mampu berbuat apa-apa atau terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan kerja, menyelesaikan hutang, membayar bil, memenuhi tuntutan gaya hidup dan mengurus pendapatan pasif orang lain.

Memang matlamat sesetengah golongan berkepentingan tertentu mahu orang lain sibuk untuk memenuhi keperluan gaya hidup dengan berterusan bekerja dan berhutang supaya mereka dapat menikmati pendapadatan pasif. Siapa yang memberikan golongan berkepentingan ini pendapatan pasif? Nilai sendiri diri kita, adakah kita orang yang menyubang pendapatan pasif tersebut? Jika ya, bukanlah menjadi satu dosa atau kesalahan pula andai kita berkhidmat dengan jujur, ikhlas, minat dan ada keseimbangan hidup, tetapi adalah lebih baik kita juga mempunyai pendapatan pasif seperti mereka sebagai pelan B.

Memiliki pendapatan pasif bermakna kita mempunyai kebebasan masa, hidup kita tidak ditentukan oleh sesiapa, bila dan di mana kita perlu berada. Berapa banyak pendapatan yang kita mahu, itu bergantung kepada usaha kita, jika mahu lebih, kita sentiasa boleh berusaha lebih.

Memang rezeki itu ketentuan Allah, namun Allah juga memerintahkan kita untuk merebut peluang dan berusaha.

Ada beberapa cara untuk kita mempunyai pendapatan pasif, antaranya:
  1. Pelaburan Saham yang memberikan perkongsian keuntungan
  2. Hartanah yang disewakan
  3. Perniagaan yang bersistem
Setiap kita mempunyai harta yang tidak ternilai harganya iaitu MASA, 24 sehari. Harta inilah yang akan kita gunakan untuk mencari ILMU dan BERUSAHA bagi mencapai matlamat kita untuk memiliki PENDAPATAN PASIF sewal mungkin melalui jalan-jalan seperti yang dinyatakan. Terdapat ramai yang berhati mulia yang sanggup membantu orang lain memiliki pendapaatan pasif. Memang hakikat di dunia ini, kita mahu berjaya kita mesti menolong orang lain berjaya.

Kami di Usahawan Bebas besedia untuk membantu sesiapa sahaja yang mahukan Pendapatan Pasif walaupun anda tiada modal dan ilmu. Hubungi kami dengan mengisi borang temujanji dengan perunding kami di sini sekarang, tawaran ini mempunyai kuota terhad. Mohon Temujanji

Friday, 5 September 2014

Anda Tiru Sistem Pendapatan Yang Salah!

Penat dan Stres dengan kerja atau bisnes adalah keluhan biasa bagi kebanyakan lelaki dan wanita dewasa di Malaysia hari ini. Majoriti kita bekerjaya sama ada bisnes atau pun makan gaji. Kita terpaksa juga meneruskannya kerana kita semua memerlukan pendapatan untuk memenuhi gaya hidup moden terutamanya di bandar. Bagi yang sudah berumahtangga, walaupun kedua-dua suami isteri berkerja atau berbisnes tetapi  rasa tak cukup wang dan keadaan penat serta stres tetap tak berkurang. Tambahan lagi stres dengan kesesakan jalan raya terutama dibandar besar. Kehidupan setiap hari sering dalam keadaan terkejar-kejar dengan pelbagai urusan hidup. Keluar pagi, balik malam, redah "jam" 5 hari seminggu, dapat gaji atau untung dari bisnes setiap bulan habis atau kadang-kang ada lebih dan kadang-kadang tak cukup untuk bayar segala bil, kereta, rumah, takaful, belanja makan mimum dan lain keperluan. Sememangnya kita semua sedar yang keadaan hidup begitu mungkin bakal kita lalui sehingga umur 55 tahun atau 60 tahun atau sehingga akhir hayat. 

Kalau bercakap soal masa pula, memang tiada masa, balik kampung melawat ibubapa pun jarang. Sebelum keluar rumah pagi, jumpa anak sekejap dan ketika balik rumah petang atau malam juga jumpa anak sekejap sebelum semuanya masuk tidur akibat kepenatan. Kalau ada pun cuma hujung minggu. Sesetengah yang bekerja sendiri, nak bercuti pun risau kerana kalau cuti pendapatan pun cuti juga. Tak kurang juga yang hidupnya "weekend family" - hujung minggu baru jumpa keluarga kerana suami terpaksa tinggal berasingan dengan isteri dan anak-anak kerana tuntutan kerja atau bisnes.

Mengapa semakin ramai yang terpaksa melalui keadaan ini,?
Kerana ramai yang memilih sistem pendapatan yang salah! 


Ada 4 cara manusia menjana pendapatan, Anda termasuk yang mana?
Jika anda seorang E dan S, anda hanya ada pendapatan aktif manakala jika anda seorang B dan I anda ada pendapatan pasif. Seperti yang pernah dikongsikan dalam post sebelum ini, Pendapatan pasif ialah pendapatan yang kita dapat berterusan tanpa and perlu bekerja berterusan, anda hanya perlu bekerja untuk satu tempoh tertentu atau menyiapkan sesuatu kerja yang boleh menghasilkan pendapatan berterusan.


Anda perlu menjadi B dan I. Namun pastinya anda tahu masalah utama untuk menjadi B dan I, iaitu Modal dan Ilmu. Sebenarnya telah lama wujud peluang untuk menjadi B dan I walaupun tiada Modal dan Ilmu. Anda hanya perlu bergaul dengan mereka yang telah pun memilih jalan yang betul dan menikmati hidup yang lebih baik. Tanya mereka, insya-Allah mereka sedia berkongsi peluang tersebut.

Klik disini untuk Peluang Menjadi B dan I

Wednesday, 27 August 2014

MERDEKAKAH KITA?

Kehidupan ini bukan semata-mata kerjaya yang memerlukan kita memberikan komitmen berkerja 9 pagi hingga 5 petang, 5 hari seminggu selama 30 tahun. Atau terikat dengan komitment yang menyekat kebebasan masa kita.

Kita mahukan kehidupan yang sebenar, iaitu memenuhi kehendak jiwa merdeka dan bebas disamping berasa tenang dan bahagia. Membiarkan hidup dikawal oleh orang lain atau komitment tertentu semata-mata untuk memastikan kita boleh terus menerima pendapatan adalah sesuatu yang menyiksakan. 

Memang ramai yang sanggup atau terpaksa menerimanya tetapi hakikat sebenarnya mereka mungkin tidak tahu tentang kewujudan Sistem Pendapatan Pasif yang boleh mengubah cara hidup mereka.

Setiap orang seharusnya mempunyai pelan Pendapatan Pasif mereka sendiri sejak dari mereka mula bekerja lagi. Merancang bila mereka patut bersara dan memenuhi impian hidup. Ianya bukalah sesuatu yang sukar, namun yang penting kesanggupan anda untuk belajar dan berusaha. Insya-Allah

SELAMAT HARI MERDEKA













Kami menyediakan peluang perniagaan yang membolehkan Anda menjana pendapatan tanpa had secara Pasif dan Bersara Awal. Maklumat lanjut di www.perniagaanabadke-21.blogspot.com

Monday, 18 August 2014

Hargai Masa dan Bina Pendapatan Pasif

Anda seorang yang menghargai masa?  Jika ya, pilihlah kerjaya yang dapat memberikan anda kekayaan sebenar iaitu kebebasan.

Sekarang memang anda tiada masa, wang pun mungkin mencukupi dan mungkin juga tidak mencukupi. Rancang supaya 2-3 tahun dari sekarang, Insyallah, Anda ada kebebasan masa dan ada wang yang secukupnya untuk memenuhi gaya hidup yang anda mahukan.

Kerjaya yang memberikan pendapatan Pasif.

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang dapat berterusan tanpa perlu bekerja berterusan, anda hanya perlu bekerja untuk satu tempoh tertentu atau menyiapkan sesuatu kerja yang memberikan pendapatan berterusan.

Makan gaji memang bukan pilihannya.  Dalam keadaan anda sekarang memang anda terpaksa bekerja makan gaji untuk memenuhi keperluan hidup anda anda ketika tetapi anda harus mencari peluang yang dapat memberikan anda pendapatan pasif dan membinanya mulai sekarang.

Jika anda sudah menemui (setelah mengkaji dan meneliti) peluang membina pendapatan pasif, jangan berhenti kerja dahulu, binanya secara sambilan sehingga pendapatan darinya 2 kali ganda pendapatan makan gaji anda. Dalam keadaan ini ianya memang susah kerana anda terpaksa bekerja disiang hari dan membina pendapatan pasif pula selepas waktu bekerja dan hujung minggu. Namn harus diingat situasi ini adalah sementara, mungkin selepas setahun anda boleh berhenti bekerja makan gaji dan memberi tumpuan kepada membina pendapatan pasif sahaja. Seterusnya selepas 2-3 tahun anda boleh bersara sepenuhnya apabila pendapatan pasif yang anda bina mampu memberikan pendapatan secukupnya mengikut gaya hidup yang anda mahukan.

Setiap usaha yang kita lakukan sepatutnya memberikan sesuatu yang berbaloi. Yang penting buat keputusan dan pilihan yang betul dan setrusnya belajar cara yang betul membinanya dan juga usaha yang bersungguh-sungguh.

Sekarang anda sudah ada pendapatan pasif, maka anda menjadi orang yang BEBAS. Insyallah.

Saturday, 16 August 2014

Beribu Keping Cek Pembayaran

Kita kini hidup dalam zaman ekonomi yang berkembang pesat. Tetapi berjuta-juta manusia masih bergantung kepada gaji dari bulan ke bulan dan bekerja lebih masa atau buat kerja kedua untuk mencukupkan pendapatan.

Kenapa? 
Disebabkan mereka menggunakan rancangan yang "biasa"! Mereka dibelenggu "Perangkap Masa-Untuk-Wang". Semua orang pun tahu kerja satu hari, gaji yang dibayar pun untuk satu hari. Kerja satu bulan dibayar gaji satu bulan. Biasa lah begitu kan?

Sama ada anda bergaji RM10,000 setahun sebagai pencuci atau RM1,000,000 setahun sebagai doktor pakar atau RM100,000 setahun sebagai CEO dan profesional, anda masih lagi memperdagangkan satu unit masa atau kerja untuk satu unit wang. Anda tetap juga bergantung kepada pendapatan dari bulan ke bulan atau hari ke hari atau kerja ke kerja. Mengenai "Jaminan Pendapatan" kalau anda tidak lagi boleh bekerja disebabkan pemberhentian kerja, sakit, cedera atau pun bersara, sudah tentu anda tidak ada lagi pendapatan untuk anda, ini risiko yang sedang menunggu anda.

Jadi, apa yang dikatatan jaminan?

Sekarang, bagaimana mahu melepaskan diri dari " Perangkap Masa-Untuk-Wang" Jawabnya: dengan membina "saluran paip" pendapatan. Dimana, anda buat satu set kerja atau projek "sekali" saja tetapi dibayar berulangkali. Itulah sebanya, satu saluran paip nilainya beribu cek gaji. Saluran paip terus mengepam pendapatan hari demi hari, tahun demi tahun, sama ada anda bekerja lagi atau tidak. Inilah namanya jaminan - iaitu jaminan kewangan sebenar.

Petikan dari buku "The Parable of the Paipline" (Kisah Pengajaran Dari Saluran Paip)
Ketahui caranya di sini...

Hubungi Tn Adzman (call / WhatsApp) di 0196581176 untuk khidmat rundingan Percuma cara membina "Saluran Paip Pendapatan".

Erti Kebebasan

Setiap orang pasti ingin menjadi seorang usahawan atau memiliki perniagaan mereka sendiri. Kita ingin hidup bebas - melakukan perkara yang kita suka, di tempat yang kita suka dan pada masa yang kita suka. Alangkah indahnya hidup ini kalau ....















Ramai dikalangan kita tercari-cari peluang untuk mendapat kebebasan hidup yang bukan saja memberikan kita wang dan masa tetapi kepuasan hidup, ketenangan jiwa serta kesihatan.



Saturday, 12 July 2014

Referral Marketing

"Referral Marketing" atau Pemasaran Rujukan adalah kaedah pemasaran yang cukup berkuasa. Sebenarnya hampir setiap hari dan hampir setiap orang buat. Anda puas hati dengan sesuatu produk atau perkhidmatan kemudian anda update ke media sosial anda atau bercerita dengan saudara ataupun kenalan anda, maka peniaga produk dan perkhidmatan tersebut mendapat "marketing" percuma dari anda.

Asalnya ialah anda puas hati dengan produk atau perkhidmatan tersebut yang menyebabkan anda mahu berkongsi cerita dengan orang lain.

Lebih baik lagi kalau anda mula dibayar perkongsian keuntungan jika orang yang anda kongsikan tadi mula membeli produk atau menggunakan perkhidmatan tersebut namun ia memerlukan sistem untuk melaksanakannya. Di sinilah wujudnya Syarikat-syarikat Direct Selling, Network Marketing atau MLM yang menyediakan produk berkualiti untuk ahli-ahlinya dan menyediakan sistem supaya ahli boleh merujuk sesiapa sahaja untuk membeli produk yang dipasarkan oleh syarikat dan seterusnya syarikat dapat membayar komisen kepada ahli berdasarkan jumlah belian orang yang dirujuk.

Kuncinya disini ialah Produk yang Berkualiti, Sistem yang Adil, Syarikat yang Kukuh lagi Telus dan Ahli-Ahli yang mengembangkan perniagaan secara Beretika.

Konsep Perkongsian Keuntungan diantara syarikat dan ahlinya ini adalah satu bentuk perniagaan yang saling bantu membantu dan mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. Ia adalah peluang perniagaan sebenar yang membolehkan anda menjana pendapatan berdasarkan usaha anda merujuk seberapa ramai orang untuk menggunakan produk atau perhidmatan yang disediakan oleh syarikat.

Tidak dinafikan juga wujudnya syarikat yang memanipulasi konsep ini untuk tujuan mengaut keuntungan secara tidak adil dan mengambil kesempatan ke atas orang lain. Biasanya mereka yang ingin cepat kaya, tamak dan tiada ilmu mudah terpedaya dengan syarikat-syarikat tersebut. Ada juga kes yang mana syarikatnya telus tetapi ahlinya yang mengambil kesempatan.

Kesimpulannya, Pemasaran Rujukan adalah satu keadah pemasaran yang bekesan dan lebih lagi jika ada konsep perkongsian keuntungan kepada tukang rujuk dengan sistem yang adil dan produk atau perkhidmatan yang benar-benar memberi kepuasan kepada pengguna. Para usahawan mestilah menggunakanya sebaik mungkin.

Friday, 14 June 2013

Mahu Kehidupan Yang Lebih Baik?


Bayangkan, Wang dan Masa tidak lagi menjadi masalah untuk anda. Anda mempunyai kebebasan masa untuk menghantar anak ke sekolah setiap pagi, mempunyai masa untuk menonton dia beraksi di atas pentas atau menonton dia bermain bola sepak di sekolahnya, semata-mata kerana anda tidak perlu bekerja.

Bayangkan anda mempunyai masa untuk merancang kerja anda semasa melakukan aktiviti kegemaran anda dan bukannya merancang untuk melakukan aktiviti kegemaran anda semasa anda sibuk bekerja.


Bayangkan bahawa anda akan melancong dan pulang ke rumah bila-bila masa yang anda suka dan tidak kerana atas arahan sesiapa.

Bayangkan anda tidak mempunyai sebarang halangan masa untuk bangun solat Tahajud setiap malam, solat di masjid sepanjang masa, menghabiskan masa dengan ibu bapa mereka apabila mereka memerlukan anda dan melakukan kerja-kerja amal apabila diperlukan hanya kerana anda tidak terikat kepada mana-mana pekerjaan yang menentukan bila dan di mana anda perlu berada.


Bayangkan anda bebas dari hutang dan wang sentiasa mengejar anda dan jika anda sudah tiada, anak atau keluarga anda akan mewarisi apa yang anda bayangkan ini walaupun mereka tidak tahu mengenainya.


Bayangkan anda menggunakan sedikit kepintaran dan melabur sedikit masa dalam hidup anda untuk menilai apa sebenarnya peluang ini dan hidup anda akan menjadi seperti apa yang anda bayangkan ini. Kami pasti anda tidak akan menyesal mengenalinya.

Sistem Pendapatan Yang Mana Anda Mahu?

Apakah maksud Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif. Yang mana satu pendapatan anda sekarang, Aktif atau Pasif? Mungkin dengan memahami maklumat ini ianya akan mengubah hidup anda selepas ini.


Pendapatan aktif
1 unit = Unit Kerja 1 Unit Pendapatan
Juga dipanggil memperdagangkan masa untuk wang - kerja sehari untuk gaji sehari, kerja kerja seminggu untuk gaji seminggu. Memang ia adalah perkara biasa tetapi... risikonya adalah, jika anda tidak boleh bekerja lagi maka anda akan kehilangan pendapatan, anda juga tiada kebebasan masa kerana anda perlu berterusan bekerja untuk memastikan anda ada pendapatan. Di dalam video di bawah ini, anda adalah "sipengangkut baldi ".

Pendapatan Pasif

1 unit = 1 Kerja Aliran Pendapatan
Kerja yang dilakukan secara sementara tetapi memberikan pendapatan berterusan dan boleh bertambah dengan sendirinya dari semasa ke semasa walaupun selepas anda berhenti melakukannya. Ini bermakna anda boleh mendapat kebebasan masa dan jaminan pendapatan dan seterusnya mewariskanya (boleh juga dianggap seperti pencen, tetapi anda sendiri tentukan jumlahnya dan bila masa untuk bersara). Didalam video di bawah ini, ia merujuk kepada "sipembina saluran paip".



Perbezaan di sini adalah bahawa ALIRAN perkataan. Sistem pendapatan seperti ini benar-benar wujud seperti yang ditulis dalam buku bertajuk "The Parable of Pipe Line. " Dalam buku "Pro- Sumer Power" juga memberitahu bagaimana kita boleh mendapatkan aliran pendapatan apabila anda membeli-belah secara bijak dan berkongsi dengan orang lain idea yang sama. Satu lagi buku "Copycat Marketing 101" menerangkan bagaimana anda boleh membina Pendapatan Pasif dengan cara meniru. Pendapatan Pasif juga dikenali sebagai Kekayaan Sebenar.


Sudah tentu orang bijak seperti anda akan memilih kerja yang ddapat memberikan Pendapatan Pasif!