Thursday 26 April 2018

10 TIPS UNTUK ANAK MUDA YANG BUAT BISNES

10 TIPS UNTUK ANAK MUDA YANG BUAT BISNES

1. Elak salahkan orang lain jika bisnes kita kurang menjadi. 90% punca masalah berpunca dari diri sendiri.

2. Ikat perut sewaktu awal 20-an. Ketika baru bisnes, kita tak ada duit. Semua usahawan lalui. Usah ingat kita seorang saja yang susah.

3. Kita mungkin berasa susah sangat pada usia 20-an, tetapi Allah swt sudah susun rezeki kita. Yakin dengan Allah swt. Dia atur satu per satu perjalanan hidup kita. Sentiasa ingat bahawa kejayaan kita bukan kerana usaha kita saja. Ramai orang lain tolong untuk kita berjaya. Usah sombong.

4. Usaha kita sewaktu 20-an tak nampak pada masa itu. Ia mungkin nampak apabila kita berusaha 50-an. Usah rasa apa yang kita usahakan sewaktu 20-an tak berhasil.

5. Apabila dalam kesusahan, sentiasa berdoa. Allah swt mungkin tidak tunaikan doa kita sekarang kerana kita mungkin tak bersedia kalau dapat apa yang kita mahukan ketika itu.

6. Simpan kisah sedih kita sewaktu mula berbisnes. Orang tak minat nak dengar. Apabila kita berjaya nanti, barulah kongsi dengan anak-anak muda lain. Ketika itu barulah ramai orang akan kagum dengan cerita sedih kita.

7. Apabila kita berjaya pada akhir usia, sentiasa ingat kepada mereka yang berada pada usia ketika kita dalam kesusahan dulu. Bantu anak muda lain untuk berjaya.

8. Usah tenggelam dengan dunia glamour media sosial. Bukan semua perjalanan bisnes kita perlu ditunjukkan di Facebook. Nikmati kehidupan berbisnes tanpa perlu tunjukkan kepada orang lain. Usah cuba buktikan apa-apa dan kepada siapa.

9. Ramai orang jadi jutawan dengan bekerja, bukan dengan buat bisnes. Kalau kita dah cuba macam-macam tapi bisnes tak menjadi, cari kerja.

10. Usah malu nak bekerja jika bisnes tak menjadi. Elok cari pengalaman sebelum buat bisnes. Apabila ada pengalaman sepak-terajang kehidupan, kembali ke dunia bisnes. Di Amerika Syarikat, lebih ramai orang berusia 50-an buat bisnes berbanding anak muda 20-an.

Dari Facebook: Norizan Bin Sharif

No comments: