Saturday 12 July 2014

Referral Marketing

"Referral Marketing" atau Pemasaran Rujukan adalah kaedah pemasaran yang cukup berkuasa. Sebenarnya hampir setiap hari dan hampir setiap orang buat. Anda puas hati dengan sesuatu produk atau perkhidmatan kemudian anda update ke media sosial anda atau bercerita dengan saudara ataupun kenalan anda, maka peniaga produk dan perkhidmatan tersebut mendapat "marketing" percuma dari anda.

Asalnya ialah anda puas hati dengan produk atau perkhidmatan tersebut yang menyebabkan anda mahu berkongsi cerita dengan orang lain.

Lebih baik lagi kalau anda mula dibayar perkongsian keuntungan jika orang yang anda kongsikan tadi mula membeli produk atau menggunakan perkhidmatan tersebut namun ia memerlukan sistem untuk melaksanakannya. Di sinilah wujudnya Syarikat-syarikat Direct Selling, Network Marketing atau MLM yang menyediakan produk berkualiti untuk ahli-ahlinya dan menyediakan sistem supaya ahli boleh merujuk sesiapa sahaja untuk membeli produk yang dipasarkan oleh syarikat dan seterusnya syarikat dapat membayar komisen kepada ahli berdasarkan jumlah belian orang yang dirujuk.

Kuncinya disini ialah Produk yang Berkualiti, Sistem yang Adil, Syarikat yang Kukuh lagi Telus dan Ahli-Ahli yang mengembangkan perniagaan secara Beretika.

Konsep Perkongsian Keuntungan diantara syarikat dan ahlinya ini adalah satu bentuk perniagaan yang saling bantu membantu dan mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. Ia adalah peluang perniagaan sebenar yang membolehkan anda menjana pendapatan berdasarkan usaha anda merujuk seberapa ramai orang untuk menggunakan produk atau perhidmatan yang disediakan oleh syarikat.

Tidak dinafikan juga wujudnya syarikat yang memanipulasi konsep ini untuk tujuan mengaut keuntungan secara tidak adil dan mengambil kesempatan ke atas orang lain. Biasanya mereka yang ingin cepat kaya, tamak dan tiada ilmu mudah terpedaya dengan syarikat-syarikat tersebut. Ada juga kes yang mana syarikatnya telus tetapi ahlinya yang mengambil kesempatan.

Kesimpulannya, Pemasaran Rujukan adalah satu keadah pemasaran yang bekesan dan lebih lagi jika ada konsep perkongsian keuntungan kepada tukang rujuk dengan sistem yang adil dan produk atau perkhidmatan yang benar-benar memberi kepuasan kepada pengguna. Para usahawan mestilah menggunakanya sebaik mungkin.

No comments: