Friday 14 June 2013

Mahu Kehidupan Yang Lebih Baik?


Bayangkan, Wang dan Masa tidak lagi menjadi masalah untuk anda. Anda mempunyai kebebasan masa untuk menghantar anak ke sekolah setiap pagi, mempunyai masa untuk menonton dia beraksi di atas pentas atau menonton dia bermain bola sepak di sekolahnya, semata-mata kerana anda tidak perlu bekerja.

Bayangkan anda mempunyai masa untuk merancang kerja anda semasa melakukan aktiviti kegemaran anda dan bukannya merancang untuk melakukan aktiviti kegemaran anda semasa anda sibuk bekerja.


Bayangkan bahawa anda akan melancong dan pulang ke rumah bila-bila masa yang anda suka dan tidak kerana atas arahan sesiapa.

Bayangkan anda tidak mempunyai sebarang halangan masa untuk bangun solat Tahajud setiap malam, solat di masjid sepanjang masa, menghabiskan masa dengan ibu bapa mereka apabila mereka memerlukan anda dan melakukan kerja-kerja amal apabila diperlukan hanya kerana anda tidak terikat kepada mana-mana pekerjaan yang menentukan bila dan di mana anda perlu berada.


Bayangkan anda bebas dari hutang dan wang sentiasa mengejar anda dan jika anda sudah tiada, anak atau keluarga anda akan mewarisi apa yang anda bayangkan ini walaupun mereka tidak tahu mengenainya.


Bayangkan anda menggunakan sedikit kepintaran dan melabur sedikit masa dalam hidup anda untuk menilai apa sebenarnya peluang ini dan hidup anda akan menjadi seperti apa yang anda bayangkan ini. Kami pasti anda tidak akan menyesal mengenalinya.

No comments: