Monday 18 August 2014

Hargai Masa dan Bina Pendapatan Pasif

Anda seorang yang menghargai masa?  Jika ya, pilihlah kerjaya yang dapat memberikan anda kekayaan sebenar iaitu kebebasan.

Sekarang memang anda tiada masa, wang pun mungkin mencukupi dan mungkin juga tidak mencukupi. Rancang supaya 2-3 tahun dari sekarang, Insyallah, Anda ada kebebasan masa dan ada wang yang secukupnya untuk memenuhi gaya hidup yang anda mahukan.

Kerjaya yang memberikan pendapatan Pasif.

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang dapat berterusan tanpa perlu bekerja berterusan, anda hanya perlu bekerja untuk satu tempoh tertentu atau menyiapkan sesuatu kerja yang memberikan pendapatan berterusan.

Makan gaji memang bukan pilihannya.  Dalam keadaan anda sekarang memang anda terpaksa bekerja makan gaji untuk memenuhi keperluan hidup anda anda ketika tetapi anda harus mencari peluang yang dapat memberikan anda pendapatan pasif dan membinanya mulai sekarang.

Jika anda sudah menemui (setelah mengkaji dan meneliti) peluang membina pendapatan pasif, jangan berhenti kerja dahulu, binanya secara sambilan sehingga pendapatan darinya 2 kali ganda pendapatan makan gaji anda. Dalam keadaan ini ianya memang susah kerana anda terpaksa bekerja disiang hari dan membina pendapatan pasif pula selepas waktu bekerja dan hujung minggu. Namn harus diingat situasi ini adalah sementara, mungkin selepas setahun anda boleh berhenti bekerja makan gaji dan memberi tumpuan kepada membina pendapatan pasif sahaja. Seterusnya selepas 2-3 tahun anda boleh bersara sepenuhnya apabila pendapatan pasif yang anda bina mampu memberikan pendapatan secukupnya mengikut gaya hidup yang anda mahukan.

Setiap usaha yang kita lakukan sepatutnya memberikan sesuatu yang berbaloi. Yang penting buat keputusan dan pilihan yang betul dan setrusnya belajar cara yang betul membinanya dan juga usaha yang bersungguh-sungguh.

Sekarang anda sudah ada pendapatan pasif, maka anda menjadi orang yang BEBAS. Insyallah.

No comments: