Thursday 11 September 2014

Bina Pendapatan Pasif Untuk Bersara Awal

Kami menggalakkan setiap orang terutama Islam untuk mempunyai pendapatan pasif seawal mungkin. Ini bagi mengelakkan mereka terpaksa bekerja sehingga umur 55, 60 atau seumur hidup. Ada banyak perkara penting lain yang juga perlu diberi tumpuan selain dari mengadap kerja atau bisnes yang tak pernah habis dan pendapatanya pula yang tak pernah cukup. Kadar infalsi yang seringkali lebih tinggi dari kadar kenaikan pendapatan menambahkan lagi tekanan orang Islam Melayu di Malaysia Terutamanya. Kebanyakannya cendrong untuk makan gaji yang hanya memberikan Pendapatan Aktif.
Mungkin ini suasana ofis suatu hari nanti.
Pernahkah kita bertanya, siapa yang menetapkan umur persaraan pekerjaan tersebut, adakah ianya betul begitu, sampai bilakah kita perlu melalui putaran kesibukan yang sama saban minggu untuk tempoh 20 ke 30 tahun? Fikirkan.

Akibat kesibukan kerja kita mungkin terlepas tumpuan kepada perkara penting seperti Persediaan Akhirat, Mendidik Anak, Menjaga Kesihatan, Tanggungjawab Dakwah, Tanggungjawab Kepada Masyarakat, Tanggungjawab Kepentingan Negara dan Tanggungjawab Kepentingan Ummah. Kebanyakan kita seringkali rasa perlu melakukan sesuatu untuk perkara-perkara penting tersebut atau tidak puas hati kepada sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama tidak mampu berbuat apa-apa atau terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan kerja, menyelesaikan hutang, membayar bil, memenuhi tuntutan gaya hidup dan mengurus pendapatan pasif orang lain.

Memang matlamat sesetengah golongan berkepentingan tertentu mahu orang lain sibuk untuk memenuhi keperluan gaya hidup dengan berterusan bekerja dan berhutang supaya mereka dapat menikmati pendapadatan pasif. Siapa yang memberikan golongan berkepentingan ini pendapatan pasif? Nilai sendiri diri kita, adakah kita orang yang menyubang pendapatan pasif tersebut? Jika ya, bukanlah menjadi satu dosa atau kesalahan pula andai kita berkhidmat dengan jujur, ikhlas, minat dan ada keseimbangan hidup, tetapi adalah lebih baik kita juga mempunyai pendapatan pasif seperti mereka sebagai pelan B.

Memiliki pendapatan pasif bermakna kita mempunyai kebebasan masa, hidup kita tidak ditentukan oleh sesiapa, bila dan di mana kita perlu berada. Berapa banyak pendapatan yang kita mahu, itu bergantung kepada usaha kita, jika mahu lebih, kita sentiasa boleh berusaha lebih.

Memang rezeki itu ketentuan Allah, namun Allah juga memerintahkan kita untuk merebut peluang dan berusaha.

Ada beberapa cara untuk kita mempunyai pendapatan pasif, antaranya:
  1. Pelaburan Saham yang memberikan perkongsian keuntungan
  2. Hartanah yang disewakan
  3. Perniagaan yang bersistem
Setiap kita mempunyai harta yang tidak ternilai harganya iaitu MASA, 24 sehari. Harta inilah yang akan kita gunakan untuk mencari ILMU dan BERUSAHA bagi mencapai matlamat kita untuk memiliki PENDAPATAN PASIF sewal mungkin melalui jalan-jalan seperti yang dinyatakan. Terdapat ramai yang berhati mulia yang sanggup membantu orang lain memiliki pendapaatan pasif. Memang hakikat di dunia ini, kita mahu berjaya kita mesti menolong orang lain berjaya.

Kami di Usahawan Bebas besedia untuk membantu sesiapa sahaja yang mahukan Pendapatan Pasif walaupun anda tiada modal dan ilmu. Hubungi kami dengan mengisi borang temujanji dengan perunding kami di sini sekarang, tawaran ini mempunyai kuota terhad. Mohon Temujanji

No comments: