Friday 5 September 2014

Anda Tiru Sistem Pendapatan Yang Salah!

Penat dan Stres dengan kerja atau bisnes adalah keluhan biasa bagi kebanyakan lelaki dan wanita dewasa di Malaysia hari ini. Majoriti kita bekerjaya sama ada bisnes atau pun makan gaji. Kita terpaksa juga meneruskannya kerana kita semua memerlukan pendapatan untuk memenuhi gaya hidup moden terutamanya di bandar. Bagi yang sudah berumahtangga, walaupun kedua-dua suami isteri berkerja atau berbisnes tetapi  rasa tak cukup wang dan keadaan penat serta stres tetap tak berkurang. Tambahan lagi stres dengan kesesakan jalan raya terutama dibandar besar. Kehidupan setiap hari sering dalam keadaan terkejar-kejar dengan pelbagai urusan hidup. Keluar pagi, balik malam, redah "jam" 5 hari seminggu, dapat gaji atau untung dari bisnes setiap bulan habis atau kadang-kang ada lebih dan kadang-kadang tak cukup untuk bayar segala bil, kereta, rumah, takaful, belanja makan mimum dan lain keperluan. Sememangnya kita semua sedar yang keadaan hidup begitu mungkin bakal kita lalui sehingga umur 55 tahun atau 60 tahun atau sehingga akhir hayat. 

Kalau bercakap soal masa pula, memang tiada masa, balik kampung melawat ibubapa pun jarang. Sebelum keluar rumah pagi, jumpa anak sekejap dan ketika balik rumah petang atau malam juga jumpa anak sekejap sebelum semuanya masuk tidur akibat kepenatan. Kalau ada pun cuma hujung minggu. Sesetengah yang bekerja sendiri, nak bercuti pun risau kerana kalau cuti pendapatan pun cuti juga. Tak kurang juga yang hidupnya "weekend family" - hujung minggu baru jumpa keluarga kerana suami terpaksa tinggal berasingan dengan isteri dan anak-anak kerana tuntutan kerja atau bisnes.

Mengapa semakin ramai yang terpaksa melalui keadaan ini,?
Kerana ramai yang memilih sistem pendapatan yang salah! 


Ada 4 cara manusia menjana pendapatan, Anda termasuk yang mana?
Jika anda seorang E dan S, anda hanya ada pendapatan aktif manakala jika anda seorang B dan I anda ada pendapatan pasif. Seperti yang pernah dikongsikan dalam post sebelum ini, Pendapatan pasif ialah pendapatan yang kita dapat berterusan tanpa and perlu bekerja berterusan, anda hanya perlu bekerja untuk satu tempoh tertentu atau menyiapkan sesuatu kerja yang boleh menghasilkan pendapatan berterusan.


Anda perlu menjadi B dan I. Namun pastinya anda tahu masalah utama untuk menjadi B dan I, iaitu Modal dan Ilmu. Sebenarnya telah lama wujud peluang untuk menjadi B dan I walaupun tiada Modal dan Ilmu. Anda hanya perlu bergaul dengan mereka yang telah pun memilih jalan yang betul dan menikmati hidup yang lebih baik. Tanya mereka, insya-Allah mereka sedia berkongsi peluang tersebut.

Klik disini untuk Peluang Menjadi B dan I

No comments: